5.2 Teks Ceramah Ustaz Azhar, Transkripsi Bahasa Standard

assalamualaikumwarahmatullah.
Yang dihormati, teman panel saya pada malam ini, Ustaz Mohammad Kazim Ilias, ahli jawatankuasa penganjur, seterusnya saya ringkaskan, muslimin dan muslimat, hadirin dan hadirat sekalian. Sama-sama kita panjatkan syukur ke hadrat Ilah swt, dapat kita berada pada padang bersebelahan dengan pusat pendidikan Al-Barakah ini dalam satu sesi ceramah sempena hijrah, mudah-mudahan susah payah kita pada malam ini terhitung sebagai satu amal soleh di sisi Allah s.w.t. Alhamdulillah kita panjatkan syukur juga kepada Allah, kita masih bernyawa pada malam ini. Pada masa yang sama malaikat Izrail alaihissalam mengambil nyawa saudara-saudara kita di seluruh dunia. Dalam masa yang sama sekarang, berapa ramai hak yang mati pun kita tidak tahu. Di samping hak beranak baru.

Tapi tak apa, kita teruskan akan hayat kita sebagaimana MOU, perjanjian kita dengan Allah di zaman kita berada di alam roh lagi. Allah tanya kita, adakah apabila kita dilahirkan di dunia, adakah kamu mahu memperhambakan diri kepada aku? adakah kamu akan bersusah payah untuk menolong agama aku? Adakah kamu sudi menjadi hambaku? Adakah kamu akan beribadah kepadaku? Adakah kamu akan bertuhankan aku? Kita semua telah jawab dulu dalam perjanjian dengan Allah, semua sekali jawab pada masa itu. Sama ada yang akan lahir beriman, atau pun orang kafir, kita telah ada pada zaman itu. Zaman arwah, yang kita keluar dari sulbitu adam semua kita berjanji ‘bala’, bukan na’am, bala. Yakni sudah tentu, sudah mesti, sememangnya, bukan ye. Sudah tentu. Sememangnya. Sebolehnya. Dan tidak ada lain lagi. Syahidna, kami naik saksi, kamulah tuhan kami, bila kamu lahirkan kami ke dunia pada masa kami masing-masing yang engkau tentukan. Sekarang kita telah berada di dunia sebagai perjanjian, maka tidak dapat tidak kita kena tunaikan janji kepada Allah. Apa jua yang berlaku, siapa jua kita, kita kena tolong Allah yakni, tolong agama Allah. Tolong diri kita sendiri.

Dalam cerita hijrah terlampau banyak sangat hikmah atau pun iktibar yang kita boleh ambil. Kalau kita nak kupas pengajaran2 iktibar dan hikmah tentang hijrah pada malam ini tak habis. Tiga minggu lagi rasa tak habis. Ulama2 mengarang kitab hijrah saja daripada dulu sampai sekarang masih lagi diteruskan, masih ada lagi kitab2 baru tentang hijrah. Cerita yang sama tetapi hikmah yang makin berkembang, kerana tiap peristiwa besar dalam Islam seperti hijrah, maulidurrasul, dan seumpamanya tidak dapat kita tulis dengan perkataan, dengan pena dan seumpamanya. Kali ini ada cerita besar cerita hebat yang Allah aturkan untuk menjadi kebanggaan di dalam muka bumi Allah. Maka di antara hikmah hijrah itu, itulah kasih kepada akhirat dan tidak cinta kepada dunia.

Kita tengok di antaranya sahabat-sahabat Nabi radiallahuanhum sanggup meninggalkan kampong, tanah air sendiri untuk pergi satu tempat yang dia tidak ada kenal seorang pun. Tak ada duit, tak ada waris. Daripada Mekah ke Madinah. Kalau kita ni orang suruh tinggal kampong halaman kita, orang kata orang Manjoi kena duduk Kuala Lumpur pula, nak? Ha tengok, nak. Boleh, tapi beri masa la tiga bulan. Sebab ni nak kejar itik ni nak kejar lembu ni nak kutip pokok-pokok betik. Habis nak cabut bawak pergi. Tapi apa yang berlaku pada sahabat-sahabat, tinggal. Rumah tinggal, tanah tinggal. Di antaranya Abdul Rahman bin Auf. Dia ni tokoh korprat bandar, meniaga. Habis dia tinggal. Dengan pasar dia, dengan Seven E dia, kebun kurmanya, dengan ternakan-ternakan, dia tinggal semua. Kerana dia yakin Allah yang beri rezeki.

Cerita yang kita nak ambil ni dia tidak sayang kepada harta dia dengan sebab perintah Allah. Kita, kita sayang. Benda ni kita kena ambil. Bukan ambil iktibar pada malam ni. Untuk kita hayati lepas kita balik. Sampai mati. Kalau nak hayati pada malam ini, tak payah buat program. Sebab tu kita tengok, pupuk semangat. Kerajaan panggil buat pupuk semangat.  Panggil ustaz mengajar tiga hari tiga malam, cerita pasal akhirat, cerita pasal neraka, cerita pasal syurga pasal alam kubur. Nak balik tiga hari tiga malam buat pupuk semangat kakitangan kerajaan menangis-nangis tak ada cerita lain dah wooo sedihnya. Tasbih duduk dalam kocek je la ni, balik daripada pupuk semangat. Tapi oleh kerana tiga hari saja pupuk semangat, dia tak dan sampai ke mana-mana. Masuk hari minggu yang kedua main bola seluar pendek pula. Pasal semangat tu sekejap saja.

Jadi kita tak nak bila kita buat program maal hijrah kita pun ingat tentang hijrah. Dua minggu dia lenyap. Kita buat pula program tentang maknanya maulidurrasul, ha kita pun selawat ramai-ramai. Masuk minggu ketiga tunggu titanik. Nampak. Siri dua pula. Kita nak kita hayati peristiwa hijrah ini dan semua peristiwa besar yang berlaku dengan junjungan Nabi Muhammad s.a.w, kita hidupkan dalam setiap saat dalam setiap hari setiap minggu setiap tahun bukan tunggu bulan muharam untuk cerita maal hijrah. Bukan tunggu rabiul awal untuk kita mengenang tentang akhlak Rasulullah tetapi sepanjang masa.

Jadi cerita yang kita nak gambar, yang bahawasanya yang sahabat tak sayang harta, jadi kita sayang harta. Bila lagi kita nak ikut ni. Adik-beradik kita datang nak pinjam motosikal, haii tak boleh ada kerja ada kerja. Nampak? Padahal adik-beradik. Bapa tu la mak tu la yang beranak. Nampak. Nampak abang tu dah datang dari hujung kampong tu berjalan kaki bawa helmet. Eii, datang ni nak pinjam motor ni. Orang Terengganu dia cakap macam itu. Kasar sikit.Orang daripada luar Terengganu mengajar di Terengganu. ‘oh sedap natang tu mengajar semalam’. Ha, tapi pergi luar jadi pelik lah. Terengganu begitu. Ha, tak boleh pinjam, ada kerja. Kalau bagi pinjam pun gini la, minyak tu isi la. Minyak tu isi la. Padahal abang kita. Mak dia mak kita. Bapa dia bapa kita. Atuk dia atuk kita. Dia nak pinjam motor kita kata isi minyak. Takkan nak pinjam motor saja. Padahal kalau isi minyak, jangan kata Ron 95, 97 dia isi. Takkan sampai RM50 isi minyak motor honda kap. Tapi kite ni sayang  harta.

Walaupun tiap-tiap tahun kita dengar cerita tentang hijrah, masih lagi sayang harta. Jadi kat mana kesilapan kita. Jadi malam ni kita ubah diri kita. Nampak? Kita transform. Dia jadi transformer, cerita transformer tengok selalu dah nak berubah. Tapi kita tak transformer. Budak-budak minat sangat transformer ni. Kereta tengah jalan ni chiuk tukar-tukar jadi mesinnya. Ha, kita transform pula dah. Bila kita dengar cerita hijrah, sahabat ni antaranya Abdul Rahman  bin Auf sanggup tiada harta, sanggup tiada kebun, tinggal habis dengan kedai. Tinggal. Kalau kita nak tinggal kedai tak sanggup. Bukan tinggal kedai bagi kat orang. Abdul Rahman bin Auf tinggal kedai bagi kat orang. Siapa nak, ambil. Supermarket aku kat Mekah, siapa nak, ambil. Pasar aku, siapa nak, ambil. Unta, biri-biri, kambing. Banyak ternakan dia. Dia tokoh korprat. Ambil-ambil, aku nak berhijrah bersama Allah dan Rasul. Faham? Allahurabbi. Kedai bagi kat orang.Mana sini orang Manjung. Kedai boleh bagi orang. Minta kedai. Ambil lah. Nak kedai ambil.

Cucu datang kedai, mari beli biskut jagung. Tokki, orang perak panggil apa benda? Tokki? Tok wan? Tok wan, haa. Orang Terengganu panggil grandfather. Tokki buka kedai runcit dalam kampong, cucu mari beli. Faham? Tokki, biskut jagung dua puluh sen. Bubuh. Buka tin biskut, buka, bubuh atas penimbang. Lebih sekeping masuk dalam tong. Tokki. Ayah budak tu anak dia. Padahal dah kalau dua puluh sen, dia tokki, bagi saja lah. Tak payah beli-beli. Cucu aku. Takkan lingkup niaga dia bagi free dua puluh sen. Ha ni melayu. Nampak? Dah macam mana nak ikut Abdul Rahman Auf bagi kedai kat orang kerana perintah Allah dan Rasul. Cucu mari beli lebih sekeping ambil masuk balik dalam tong. Syaitan kata tu lebih sekeping tu, kalau mu berjimat-cermat walaupun lebih sekeping, dalam masa lapan puluh tahun mu boleh pakai. Ha ni masalah. Nampak tak. Ni, padahal cucu kita. Ambil dengan tong-tong sekali. Ah, tokki buat arwah malam ni. Nampak tak? Haa. Takkan sampai lapan ratus rial setong biskut jagung. Contoh ni. Ha ni contoh.

Yang perempuan pula sampai tak boleh nak pergi orang mengajar tu dalam taman rumah perumahan tu, nak buat surat panggil orang Perak, kadang ustaz Kuala Lumpur, kadang ustaz Johor. Tak boleh datang dia. Pasal dia meniaga juga. Dia buka kedai runcit. Belakang rumah dia buka sikit rumah tepi tu, corner lot, buka kedai kecik. Ha, mak aji ni tak rajin tengok mak aji ni. Kuliah pun tak ada, orang buat belajar quran pun tak datang, ha mak haji? Tak boleh pergi, mak haji buka kedai runcit. Orang nak beli siapa nak jaga, mak haji pergi surau. Nampak. Abdul Rahman Auf beri kedai pada orang kerana Allah dan Rasul. Ni dia jahil daripada muda, siapa masuk dalam lubang kubur tunggu kedai. Jahil pun tak apa. Tak kenal Allah, tak kenal rasul tak apa. Sebab apa. Maghrib dengan isya’ budak-budak nak beli sekejap lagi nak beli ajinomoto. Ajinomoto kalau tiga puluh sen, untung tiga sen. Nampak. Dia sanggup tak kenal Allah tak kenal rasul kerana dunia yang teramat sedikit. Nampak.
Ha dah bila nak habis. contohilah sahabat-sahabat tinggal kampong halaman, tinggal harta benda. Nampak. Kedai kecik. Kalau berniaga kapal selam tak untung lagi kalau kita tak pergi kuliah maghrib. Kalau kita berniaga jet boing 747 pun tak untung lagi, kalau kita tinggalkan belajar ilmu akhirat. Kerana orang tak ada ilmu akhirat sama macam terjun dalam laut tak pandai berenang. Nampak. Kata saidina Abu Bakar As-Siddiq, yang berhijrah mula-mula dengan rasulullah s.a.w, siapa yang masuk dalam kubur dengan tidak ada bekalan, maka sama seperti terjun dalam laut tak ada pelampung. Ha ni kesian.

Categories: Lampiran | Leave a comment

Post navigation

Feel Free to Comment :)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: