Analisis Soal Selidik Fenomena Penukaran Kod dalam Drama – ( Survey Monkey )

Soal Selidik Penukaran kod Dalam Drama

1. Jantina

JANTINA

BILANGAN

PERATUS (%)

Perempuan

7

50

Lelaki

7

50

Soal selidik ini telah dijawab oleh 14 orang responden. Separuh (50%) responden adalah terdiri daripada perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Pengkaji tidak mengkhususkan kepada aspek jantina kerana penukaran kod dilihat tidak terlalu dipengaruhi oleh jantina seseorang.

2. Umur

UMUR

BILANGAN

PERATUS (%)

21 – 25

14

100

26 – 30

0

0

31 – 35

0

0

36 – 40

0

0

Bagi faktor umur pula, pengkaji mengkhususkan soal selidik ini kepada golongan yang berumur antara 21 – 25 tahun sahaja. Hal ini kerana pengkaji melihat golongan ini banyak menggunakan penukaran kod dalam perbualan seharian mungkin kerana faktor pendidikan, pekerjaan, dan sebagainya.

3. Adakah anda faham apakah itu penukaran kod ?

JAWAPAN

BILANGAN

PERATUS (%)

Ya

14

100

Tidak

0

0

Bagi pemahaman responden terhadap makna penukaran kod ini, kesemua responden mengetahui apakah itu penukaran kod. Ada juga beberapa orang responden yang pada mulanya tidak mengetahui tentang istilah penukaran kod ini, tetapi setelah

4. Adakah anda kerap menggunakan penukaran kod dalam perbualan seharian anda ?

JAWAPAN

BILANGAN

PERATUS (%)

Ya

15

100

Tidak

0

0

 Daripada jawapan yang diterima, kesemua responden mengakui bahawa mereka kerap menggunakan penukaran kod dalam perbualan seharian mereka.

5. Nyatakan tujuan / sebab anda menggunakan penukaran kod.

JAWAPAN

BILANGAN

PERATUS (%)

 Meningkatkan tahap penguasaan bahasa lain

7

18.92

Mudah

6

16.22

Kebiasaan

5

13.51

Memudahkan pemahaman

3

8.2

Melancarkan perbualan

3

8.2

Suka-suka

3

8.2

Ada gaya

2

5.41

Menunjukkan status

2

5.41

Pengaruh rakan-rakan

2

5.41

Keperluan situasi

1

2.7

Selesa

1

2.7

Buat lawak

1

2.7

Meringkaskan sebutan

1

2.7

JUMLAH

37

100

Untuk soalan kelima ini, responden diberi 3 ruangan jawapan dan perlu mengisi sekurang-kurangnya 2 tempat kosong.  Berdasarkan jawapan yang diterima, seramai 7 orang responden iaitu sebanyak 18.92% mengatakan tujuan penukaran kod adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa lain, selain bahasa natif mereka. Seramai 6 orang pula mengatakan bahawa ianya adalah mudah untuk menukar kod ketika berbual kerana kadangkala perkataan dalam bahasa pertama tidak dapat difikirkan ketika berbual atau bertutur. Mungkin juga kerana mungkin tiada perkataan yang sesuai dalam bahasa natif bagi sesuatu istilah itu, mereka menggunakan penukaran kod bagi melancarkan perbualan, seperti yang dikatakan oleh 3 orang responden. Selain itu ada juga jawapan-jawapan lain seperti untuk menunjukkan status, gaya, dan keselesaan.

 6. Adakah anda sedar akan penukaran kod yang berlaku dalam drama-drama televisyen ?

JAWAPAN

BILANGAN

PERATUS (%)

Ya

11

78.6

Kadang-kadang

3

21.4

Tidak

0

0

Sebanyak 11 orang responden (78.6%)  mengatakan  bahawa mereka sedar akan penukaran kod yang berlaku dalam drama-drama televisyen. Mungkin mereka selalu menonton drama-drama televisyen yang disiarkan di televisyen. Selebihnya iaitu seramai 3 orang atau 21.4% mengatakan hanya kadang-kala mereka menyedari penukaran kod dalam drama-drama. Hal ini mungkin kerana mereka tidak selalu menonton drama-drama Melayu ataupun mereka tidak menyedari akan fenomena ini.

7. Adakah penukaran kod dalam drama patut dilakukan ?

JAWAPAN

BILANGAN

PERATUS (%)

Ya

6

42.9

Tidak

8

57.1

8. Penukaran kod mendatangkan lebih banyak …

JAWAPAN

BILANGAN

PERATUS (%)

Mendatangkan kebaikan daripada keburukan

3

21.4

Mendatangkan keburukan daripada kebaikan

11

78.6

Walaupun seramai 6 orang mengatakan penukaran kod wajar dilakukan dalam drama, namun hanya 3 orang (21.4%) sahaja yang bersetuju mengatakan bahawa penukaran kod mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Bagi yang mengatakan penukaran kod tidak patut dilakukan pula adalah seramai 8 orang. Seterusnya, 11 orang bersetuju bahawa penukarankod lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

 9. Nyatakan kebaikan yang boleh diperolehi daripada penukaran kod

JAWAPAN

BILANGAN

PERATUS (%)

Memudahkan perbualan

10

34.5

Penguasaan Bahasa Kedua

8

27.59

Menghalang perasaan takut untuk berinteraksi

3

10.34

Bersahaja / lebih akrab

3

10.34

Mudah dituturkan

2

6.9

Ekonomik / global

2

6.9

menarik

1

3.4

JUMLAH

29

100

Seperti tujuan penukaran kod sebelum ini, ramai yang mengatakan bahawa penukaran kod ini akan membantu memudahkan perbualan, mungkin kerana jika tidak terlintas perkataan yang dimaksudkan dalam bahasa pertama, perkataan lain daripada bahasa kedua akan melancar dan memudahkan perbualan. Selain itu, sebanyak 27.59% (8 orang) pula mengatakan penukaran kod meningkatkan penguasaan bahasa kedua selain manghalang perasaan takut untuk berinteraksi iaitu seramai 3 orang. Ada juga yang mengatakan penukaran kod akan membuatkan kita lebih bersahaja apabila berbual dan menjadikan perbualan lebih menarik. Penukaran kod juga dikatakan lebih bersifat ekonomik dan global. Mungkin bahasa kedua yang dimaksudkan ialah bahasa Inggeris.

10. Nyatakan keburukan yang akan terjadi berikutan gejala penukaran kod

JAWAPAN

BILANGAN

PERATUS (%)

Merosakkan bahasa pertama

6

17.65

Bahasa pertama pupus

6

17.65

Merendahkan martabat bahasa

5

14.7

Mengabaikan bahasa sendiri

4

11.76

Kekeliruan bahasa

3

8.82

Orang lain buruk sangka terhadap bahasa pertama

2

5.88

kesalahan tatabahasa

2

5.88

Menjadi kebiasaan

1

2.94

Bahasa asing diutamakan

1

2.94

Susah difahami jika lawan bercakap tidak menguasai bahasa kedua

1

2.94

Kurang nilai kesantunan

1

2.94

Tersalah maksud

1

2.94

Mempengaruhi generasi muda

1

2.94

JUMLAH

34

100

Bagi keburukan yang akan terjadi akibat penukaran kod ini pula, 6 orang respoden mengatakan bahawa penukaran kod akan merosakkan bahasa pertama dan bahasa pertama boleh pupus. Selain itu, penukaran kod juga akan merendahkan martabat bahasa itu sendiri. 4 orang responden pula mengatakan bahawa bahasa sendiri akan diabaikan. Selain itu, terdapat jawapan-jawapan lain seperti keslaahan tatabahasa, kurang nilai kesantunan, pengaruh generasi muda, dan menjadikan orang lain buruk sangka terhadap bahasa pertama sesuatu bangsa itu.


Categories: Projek 2 | 2 Comments

Post navigation

2 thoughts on “Analisis Soal Selidik Fenomena Penukaran Kod dalam Drama – ( Survey Monkey )

  1. Sudah disemak. Syabas!

  2. syukran kathiran🙂

Feel Free to Comment :)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: