Rumusan dan Penutup

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan, ternyata perisian-perisian komputer banyak membantu dan memudahkan perjalanan kajian. Antara perisian yang ada termasuklah :

1. AntConc yang membantu menganalisis kekerapan dan bentuk-bentuk ayat dalam suatu teks

2. Google translate yang mempunyai banyak kemudahan yang disediakan seperti kemudahan mendengar bunyi sebutan perkataan dan pemaparan sensa-sensa perkataan

3. Survey Monkey yang memudahkan membuat soal selidik danmembantu mendapatkan lebih ramai responden dengan cara yang lebih mudah dan

4. Akhir sekali, wordpress yang sangat membantu dalam memaparkan data dan analisis kajian serta berkongsi dengan orang lain yang memerlukan.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan pada perisian-perisian ini, namun jika digunakan dengan cara yang betul, ianya akan memudahkan kerja dan kajian yang dilakukan.

Contohnya seperti Google Translate, kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada perisian itu kerana terjemahan yang dilakukan tidak mengikut norma-norma sosial dan budaya masyarakat bahasa terjemahan. Kita masih boleh menggunakan kamus untuk menyempurnakan terjemahan yang dilakukan.

Jika dilihat, analisis data yang dibuat banyak dipaparkan dalam bentuk jadual. Hal ini adalah bagi memudahkan pemahaman dan memudahkan khalayak melihat data-data yang terlibat.

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang memperkenal dan mengajarkan kepada kami pelajar-pelajar Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik tentang semua perisian-perisian ini iaitu Dr. Zulkifli Ahmad. Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan. Begitu juga kepada rakan-rakan yang juga banyak membantu dan memberi sumbang saran.

Diharapkan blog ini memudahkan dan memberi manfaat yang berguna buat saudara di luar sana yang memerlukan informasi mengenai hal-hal linguistik. Terima kasih.

Categories: Penutup, Uncategorized | 1 Comment

Post navigation

One thought on “Rumusan dan Penutup

  1. Boleh ditambah markah.

Feel Free to Comment :)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: