1.0 Pengenalan

1.5 Definisi Istilah

1. LINGUISTIK
  • New Oxford Dictionary (2003) menyatakan Linguistik sebagai ilmu yang berkenaan dengan bahasa atau kajian bahasa.

2. BAHASA

  • Bahasa pada pandangan Edward Sapir (1921) ialah satu cara manusia menyampaikan buah fikiran, perasaan, dan hasrat melalui lambang-lambang yang dihasilkan secara sukarela
  • Bloch dan Trager (1942) pula mengatakan bahasa sebagai satu lambang peruturan yang arbitrari, digunakan untuk berhubung (Kamarudin Sulaiman, 2002)
3. DIALEK
  • dialek menurut Arbak Othman (1994) ialah bahasa yang digunakan hanya di daerah tertentu sahaja; bahasa daerah; loghat; pelat.

4. MASYARAKAT (pengguna bahasa / dialek)

  • Leonard Bloomfield (1933) yang mengistilahkan masyarakat sebagai satu kelompok yang berinteraksi menggunakan bahasa.
  • Nik Safiah Karim (1981) pula mentakrifkan masyarakat sebagai kumpulan manusia yang menuturkan satu bahasa yang dapat menghubungkan antara satu sama lain.
Categories: 1.0 Pengenalan | 1 Comment

1.4 Kepentingan Kajian

Bahasa mampu berkembang dan mempunyai pengaruh yang amat besar untuk mendorong sesuatu bangsa itu mencapai perubahan, pemodenan, dan kemajuan walaupun bahasa dan budaya bangsa itu sudah mengalami tekanan dan penjajahan (Abd. Rhim Abd. Rashid, 2004). Dapat dilihat bahawa bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembangunan masyar kat. justeru, kajian dialek juga mempunyai beberapa kepentingan yang dapat digarap dengan adanya kajian-kajian dan penelitian terhadap bahasa-bahasa ini.

Salah satunya adalah memberi ilmu dan pengetahuan kepada orang ramai tentang bentuk-bentuk bahasa dan dialek yang terdapay di Malaysia dan seantero dunia. Selain itu, kajian-kajian bahasa juga akan dapat menentu dan mengumpulkan rumpun-rumpun yang sama dalam sistem bahasa ini. sebagai contoh, bahasa Melayu tergolong di dalam bahasa Austronesia (Zulkifli Osman, 2003).

selain itu, dalam mewujudkan keharmonian sesebuah masyarakat, institusi, atau negara, kita perlu mempelajari cara dan adat seseorang. Dengan bahasa yang dituturkan, kita dapat meneliti serba sedikit bagaimana cara kehidupan dan pergaulan masyarakat tersebut. Dengan itu, tidak akan timbul masalah atau perbalahan apabila dua orang atau lebih ingin berkomunikasi sesama suku kaum yang berbeza agama atau penempatan.

kajian bahasa juga mengelakkan salah faham sesama komunikator apabila masing-masing faham dan mengerti makna dan konteks sesuatu perkataan itu perlu digunakan. Dengan itu boleh mengelakkan kesalahan tatabahasa dan sebagainya semasa pertuturan atau penulisan.

Dengan kajian ini diharap dapat menyampaikan kepentingan-kepentingan kajian seperti ini tidak kira kajian lampau, masa kini, atau yang akan datang.

Categories: 1.0 Pengenalan | 2 Comments

1.3 Objektif Kajian

Bagi memandu kajian ini, beberapa objektif kajian telah digariskan. Antaranya ialah :

1. Menganalisis bentuk-bentuk fonetik dan fonologi yang terdapat dalam dialek Terengganu.
2. Mengenal pasti bentuk-bentuk bahasa lain yang digunakan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Dengan objektif-objektif kajian ini, diharapkan kajian ini akan lebih terarah, InsyaAllah

Categories: 1.0 Pengenalan | Leave a comment

1.2 Latar Belakang

Berikut merupakan serba sedikit mengenai latar belakang Ustaz Azhar Idrus

Latar belakang pendidikan

1. Sekolah Rendah dan Menengah : Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
2. tidak pernah belajar di mana-mana Sekolah Arab, Sekolah Pondok Madrasah atau sekolah agama.
3. Beliau mula menuntut ilmu agama bermula pada tahun 90-an.
4. Bersekolah di Sekolah Inggeris  hingga Tingkatan 6.
5. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
6. Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun bermula tahun 1990
7. Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai adalah antara guru beliau.

Categories: 1.0 Pengenalan | Leave a comment

1.1 Pendahuluan

Seperti yang kita sedia maklum, bahawa ilmu Linguistik telah pesat berkembang. Banyak kajian yang menyentuh tentang bahasa Melayu kini dikaji dengan lebih teratur berasaskan teori-teori yang mantap.

Linguistik merupakan satu bidang yang membahaskan tentang kajian bahasa secara saintifik. Boleh dikatakan setiap masa kita menggunakan bahasa dalam pelbagai cara bagi pelbagaI tujuan seperti memberi dan mendapatkan maklumat. Selain itu banyak lagi tujuan dan keperluan bahasa dalam kehidupan seharian kita. Antara lain keperluan berbahasa dan berkomunikasi adalah untuk menyampaikan ilmu. Ianya merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan supaya setiap individu tidak ketandusan pengetahuan dan pendidikan tidak kira dalam bidang apa sekalipun.

Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum dan masyarakat. tentunya bahasa yang digunakan juga berbagai bentuk. Bentuk-bentuk bahasa yang kita gunakan berubah-ubah mengikut banyak faktor yang mempengaruhinya. Salah satu faktor adalah faktor geografi. Faktor geografi inilah yang kemudiannya mewujudkan salah satu bentuk bahasa iaitu dialek kawasan.

Jadi, berteraskan kepada kedua-dua aspek keperluan berbahasa dan kepelbagaian bahasa di Malaysia, penulis memilih untuk meneliti aspek bahasa dalam ceramah agama. Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazem Ilias merupakan penceramah Islam yang sedang mengukir nama di arena pentarbiahan di Malaysia. Masing-masing mereka adalah daripada Terengganu dan Perak. Dialek kedua-dua negeri ini menarik untuk dikaji.

Namun begitu, oleh kerana ustaz Kazim Ilias leih banyak menggunakan bahasa standard dalam ceramah kali ini, penulis memilih untuk tidak menganalisis bahasa yang digunakan oleh beliau. oleh itu, kajian ini hanya akan menganalisis bahasa komunikasi yang digunakan oleh ustaz Azhar Idrus sahaja iaitu dialek Terengganu.

Categories: 1.0 Pengenalan | 3 Comments

Create a free website or blog at WordPress.com.